fbpx

Agong seru kerajaan tingkat usaha bendung jenayah, penyeludupan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar kerajaan khususnya agensi-agensi penguatkuasaan memperhebat usaha-usaha membendung aktiviti-aktiviti jenayah dalam negara.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, ia meliputi penyeludupan dadah serta bahan-bahan terlarang, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pencerobohan sempadan negara sama ada daratan mahupun perairan.

Katanya, Seri Paduka Baginda juga menyeru rakyat memainkan peranan dan mempunyai kesedaran serta tanggungjawab membantu kerajaan membendung kegiatan jenayah.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat untuk mendoakan semoga kedaulatan negara sentiasa dipelihara dan negara serta rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutama Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) atas kejayaan menumpaskan sindiket penyeludupan daun ketum di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah pada 22 Februari lalu.

“Seri Paduka Baginda, yang juga selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia bertitah, bahawa ketangkasan dan kecekapan pasukan operasi tentera darat ATM dalam melaksanakan tugas sewajarnya dihargai dan diberi pujian.

“Ini adalah kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur terhadap soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI