fbpx

Kurikulum UiTM relevan, tepati pasaran semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) sentiasa memastikan subjek dan kurikulum universiti tersebut menepati 85 peratus syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan profesional di negara ini sekali gus memudakan para graduan mendapat kerja.

Menurut Naib UiTM,  Prof. Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd. Janor, UiTM mempunyai satu jawatankuasa untuk memantau dan mengemaskini input-input kerja kursus agar ia relevan dengan perubahan teknologi yang semakin canggih.

“Kita mempunyai Jawatankuasa Induk Kurikulum UiTM yang bersidang setiap bulan. Untuk semua program ini memang akan disemak dan kita membentuk sistem indeks kebolehdaya saingan untuk semua program.

“Jadi setiap tahun Timbalan Naib Canselor Akademik (sebelum ini saya) akan membuat indeks tersebut. Jika indeks turun daripada 5 dapat 1 atau 2 kurikulum (kursus terlibat) perlu disemak.

“Jika indeks pada tahap empat atau lima ia tidak akan disemak, tiga masih boleh diterima. Indeks ini penting bagi membolehkan Dekan dan Ketua Program ada mekanisme untuk mengenal pasti program yang perlu dibuat semakan,” katanya ketika ditemui di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di sini.

Roziah berkata, pada masa yang sama latihan untuk pensyarah turut diberikan dari masa ke semasa agar graduan yang dihasilkan sentiasa mendapat ilmu terkini dalam sesuatu program.

“Selain itu kita mengadakan program bersama pihak industri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pertubuhan belia bagi mewujudkan sinergi untuk memastikan kebolehpasaran graduan yang dihasilkan setiap tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, mengikut statistik yang direkodkan secara keseluruhan 82 hingga 87 peratus graduan yang dihasilkan UiTM berjaya mendapat pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI