fbpx

Bayi dua bulan maut tertindih abang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA Maryam di pekarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah, Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut selepas dipercayai tertindih oleh abangnya ketika mereka sekeluarga sedang tidur dalam kejadian di Taman Bidara Setia, di sini, pagi semalam.

Bapa mangsa, Meor Syazalee Sha@Meor Sha, 38, berkata, sebelum kejadian bayinya, Maryam Sofea tidur bersamanya dan isteri di dalam bilik utama, manakala tiga anak lelaki berusia 9,6 dan 5 tahun tidur di dalam bilik berasingan.

“Bila saya dan isteri bangun tidur pada pagi itu (semalam), kami nampak anak berusia lima tahun ada tidur di sebelah Maryam.

“Kami hanya sedar keadaan Maryam selepas dia tidak bergerak seperti kebiasaanya dan bergegas membawanya ke hospital, namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Unit Forensik Hospital Alor Gajah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut dia yang juga pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun reda dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, dia juga berharap orang ramai agar tidak melemparkan sebarang komen kurang sensitif yang hanya akan memberikan kesan emosi kepada mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi pemberita enggan mengulas lanjut sehingga hasil laporan bedah siasat dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI