fbpx

Dr. Zaliha gesa rakyat amal cara hidup sihat, elak penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menyeru orang ramai agar mengutamakan kesihatan diri supaya dapat menurunkan risiko penyakit samada berjangkit mahupun tidak berjangkit.

Beliau menerusi satu hantaran di Twitter rasminya berkata, ia merupakan cabaran negara menuju ke arah masyarakat menua dengan risiko penyakit tidak berjangkit.

Poster yang dimuat naik di Twitter Dr. Zaliha.

“Bersamalah kita memainkan peranan dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

“Memupuk tingkah laku mementingkan kesihatan dan keselamatan diri serta meningkat kecelikan kesihatan agar dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit,” ciapnya di Twitter pagi ini.

Sementara di laman Facebooknya, beliau memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan perkhidmatan konsultasi secara maya di 376 buah klinik kesihatan seluruh negara.

Menurutnya, skop perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan susulan pesakit luar, perkhidmatan ibu dan anak, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan farmasi dan perkhidmatan cara kerja dan fisioterapi.

“Seiring dengan kemajuan teknologi, konsultasi secara maya sebagai salah satu langkah mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik bagi tujuan konsultasi.

“Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kesesakan dalam satu-satu masa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI