fbpx

Tangkap, pindah gajah di Kuala Krai bukan penyelesaian jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah liar jantan yang dipindahkan oleh Perhilitan Kelantan di Kampung Merbau Bekok, Kuala Krai kelmarin. - IHSAN PERHILITAN

KUALA KRAI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor gajah liar jantan yang mengganggu tanaman kebun penduduk di Kampung Merbau Bekok di sini kelmarin.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, gajah tersebut ditangkap pada Isnin lalu selepas pihaknya menerima aduan mengenai gangguan gajah di kawasan kebun milik penduduk dan kawasan Kampung Kuantan, Pahi di sini.

Menurutnya, operasi yang melibatkan seramai 10 orang kakitangan Jabatan Perhilitan Kelantan dan 12 orang kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang itu dijalankan dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Sanum.

“Tangkapan gajah liar itu sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan penduduk di kawasan kampung tersebut sekali gus dapat mengelakkan kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

“Bagaimanapun, tangkapan dan pemindahan gajah liar yang mengganggu bukan penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan kebun berkenaan berhampiran dengan kawasan hutan simpan kekal (HSK) Jentiang dan HSK Ulu Temiang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, dianggarkan populasi gajah liar yang berada di kedua-dua HSK itu melebihi daripada 20 ekor.

Katanya, sehubungan itu, pekebun-pekebun dinasihatkan mengambil langkah yang lebih efektif seperti pembinaan parit gajah atau pembinaan pagar elektrik gajah (SPEG) bagi mengurangkan gangguan haiwan liar berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI