fbpx

Suami tentera berhutang sehingga gaji negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selepas setahun mendirikan perkahwinan, luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya mempunyai hutang keliling pinggang sehingga tiada baki gaji yang tinggal.

Menurut luahan seorang wanita menerusi panggilan telefon ke sebuah radio tempatan, pada awal perkenalan, dia tidak tahu suaminya yang bekerja sebagai tentera mempunyai masalah kewangan.

“Suami terlalu banyak pinjaman koperasi sampaikan gaji bulanan ‘negative balance’. Sampai saya perlu buat dua kerja untuk langsaikan hutang suami dan tampung kehidupan.

“Saya kini mengandung tujuh bulan, dan segala persiapan belum dibuat lagi. Bila saya minta duit, dia kata tiada dan sampai kena meminjam daripada keluarga dia.

“Sudahnya saya yang nampak buruk di mata keluarga dia. Saya tidak tahu luah pada siapa, sebab keluarga saya tinggal jauh,” luah wanita itu.

Tambahnya, sudah sebulan lebih dirinya tidak bercakap dengan suami, namun masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada yang berkongsi situasi yang sama dengan wanita tersebut dan turut mendoakan agar urusan si isteri dipermudahkan.

“Sedih lah cerita macam ini, kadang-kadang dapat luahkan macam ini aku rasa kakak ini dah lega sangat dah.. hidup dia sangat berliku. Semoga terus kuat demi anak,” komen Sha.

“Saya kerja bahagian lelongan rumah tidak nafikan ramai penjawat awam rumah jatuh status lelong sebab benda macam ini. Semoga dipermudahkan,” komen pengguna lain.

“Sebagai pegawai bank, saya boleh sahkan perkara ini. Tentera paling ramai buat pinjaman peribadi sampai gaji tinggal RM2 pun masih nak mohon. Sebab itu sekarang tentera kena mohon melalui koperasi sebab banyak ‘non performing financial’ (NPF),” ciap @shedarozz pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI