fbpx

KBS janji wujud pusat latihan NSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL diiringi Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama Hannah menyaksikan pemain memegang trofi pada Majlis Pelancaran NBL 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjanji akan sedaya upaya dalam memastikan semua Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) memiliki pusat latihan sendiri bagi sukan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sebahagian besar persatuan sukan menyatakan kemahuan mereka untuk memiliki pusat latihan sendiri dan kementerian sudah memulakan proses mengenal pasti venue bersesuaian.

Tambah beliau, pihaknya juga akan menyenaraikan infrastruktur-infrastruktur milik KBS sebelum dipadankan dengan jenis-jenis sukan persatuan masing-masing.

“Kita akan teliti bantuan apa lagi kita boleh bagi supaya persatuan-persatuan sukan ada pusat latihan mereka sendiri. Kebanyakan persatuan apabila kita tanya, mereka mahukan tempat latihan khas.

“Di peringkat KBS, kita sedang menyenaraikan persatuan-persatuan yang perlukan tempat latihan khas. Kemudian, kita akan cari padang dulu sebelum kita buat padanan bagi membantu persatuan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Penaung Diraja Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada masa sama, Hannah menjelaskan, kementerian akan memberikan peruntukan kewangan kepada BMF atas penganjuran liga yang julung-julung kali diadakan di negara ini, namun jumlahnya masih dalam perbincangan Majlis Sukan Negara (MSN).

Sementara itu, Presiden BFM, Sazali Husain berkata, sebanyak lapan pasukan akan beraksi dalam saingan liga tersebut termasuk Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI