fbpx

Muhyiddin ajak ahli mesyuarat fokus usaha perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin mempengerusikan Sidang Khas Majlis MKN berkenaan Covid-19 seperti biasa di kediamannya hari ini.

PUTRAJAYA – Di sebalik desas-desus kencang kononnya kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu melaksanakan darurat bagi menyelesaikan kemelut politik negara, Perdana Menteri tetap mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 seperti biasa.

Menerusi Sidang Khas MKN hari ini, Perdana Menteri mengajak semua ahli mesyuarat untuk lebih fokus dalam usaha memerangi Covid-19.

Mengakui senario menguruskan Covid-19 sekarang telah berubah, Muhyiddin berkata, pada tahap ini, semua perlu membuktikan negara pasti akan menang melawan wabak itu.

“Saya menyedari keresahan rakyat menghadapi situasi pandemik Covid-19 pada masa ini masih belum reda, menyebabkan kebergantungan kepada kerajaan semakin tinggi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin turut mengingatkan ahli mesyuarat sidang khas itu supaya lebih teliti dalam membuat keputusan untuk menguruskan Covid-19 dengan lebih berkesan.

Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat mestilah difahami manfaat, risiko dan kesannya kepada kesihatan dan ekonomi rakyat.

Selain itu, Muhyiddin turut menekankan keperluan untuk mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana-Panjang secara lebih terperinci.

“Pelan itu penting bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara, tetapi juga untuk menangani keresahan rakyat di negara ini,” katanya.

Mesyuarat harian yang diadakan secara sidang video itu bermula sejak 7 Oktober lepas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI