fbpx

Nikah asal cukup syarat, upah RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKAH koboi boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuk rumah kongsi warga asing. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Bayaran upah kepada tok kadi atau orang tengah bagi menyempurnakan pernikahan membabitkan pasangan warga asing terutama warga Rohingya di negara ini hanya serendah RM50.
Malah, urusan pernikahan pasangan tersebut boleh dikendalikan mana-mana rakan se­negara yang mahir agama.

Lebih mudah, wang upah kepada tok kadi bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin terbabit dan paling tinggi dibayar adalah RM150.

Seorang warga Rohingya yang mahu dikenali sebagai Isa, 50, berkata, pernikahan bagi pasangan yang dari negara sama iaitu Rohingya atau dengan warganegara lain seperti Indonesia adalah lebih mudah dan tidak memerlukan kos serta prosedur yang banyak.

Dakwanya, proses pernikahan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk di rumah-rumah kongsi atau rumah sewa.

“Ada RM50 sudah boleh kahwin. Mana-mana ‘ustaz’ atau ‘bapa kami’ (panggilan untuk individu senegara yang ­mahir agama) boleh menikahkan ­pasangan yang mahu ­berkahwin.

“Mereka tidak tetapkan duit tetapi pasangan mesti kena bagi upah sebagai tanda terima kasih. Tidak mungkin bagi RM10 atau RM20, selalu orang bagi RM50 hingga RM150.

“Selain ustaz, ada juga pernikahan dilakukan oleh orang tengah, rakyat senegara. Pasa­ngan akan diminta mengisi satu surat dan ambil gambar nikah sebagai saksi untuk permohonan surat nikah yang akan siap dalam masa dua minggu,” ujarnya.

Jelasnya, surat nikah akan dikeluarkan oleh pihak yang menguruskan pernikahan warganegara terbabit di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, katanya, wanita Indonesia yang memilih berkahwin dengan pasangan etnik Rohingya secara sah turut akan memiliki kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI