fbpx

Daun gelam jadi duit RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NOOR AZRI (kiri) menunjukkan sebahagian produk berasaskan pati minyak gelam ketika ditemui di Setiu semalam.

SETIU – Usaha 10 ahli Kelab Belia Padang Jejawi di sini sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil apabila berjaya me­raih RM20,000 sebulan selepas produk yang dikeluarkan berasaskan pati minyak daun gelam mula mendapat sambutan pengguna.

Pengerusinya, Mohd. Noor Azri Abdul Ghani berkata, antara produk yang dihasilkan termasuk air hidrosol, minyak sapu, sabun, cecair sanitasi dan krim sapu.

Katanya, mereka memperoleh daun pokok itu yang dita­nam secara meluas iaitu sekitar 70 peratus di Terengganu.

“Setiap produk dijual antara RM10 hingga RM20 dan proses dimulakan dengan memetik 40 kilogram daus pokok setiap hari.

“Ia kemudian dibasuh dan dijemur di bawah suhu bilik hampir sehari sebelum direbus selama empat jam dan wap akan disaring bagi menga­singkan air serta minyak untuk mendapatkan pati,” katanya ketika ditemui.

Menurut Mohd. Noor, pati itu akan dijadikan asas kepada produk dan air rebusan juga boleh diambil untuk menurunkan paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes.

Tambahnya, mereka mendapat bantuan dana daripada Institut Penyelidikan Perhutanan, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Tabung Alam Sedunia Malaysia.

“Kami dalam usaha untuk menghasilkan ubat gigi dan ­syampu selain merancang meneroka pasaran antarabangsa pada masa terdekat bagi menambah pendapatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI