fbpx

EPL: Kerajaan Britain bantu halang ESL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyokong kelab Liga Perdana Inggeris melakukan protes mengenai rancangan penubuhan ESL sebelum ini. – AFP

LONDON – Kerajaan Britain akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada pihak pengurusan Liga Perdana Inggeris untuk menghalang pasukan-pasukan di bawah seliaan mereka menyertai saingan Liga Super Eropah (ESL).

Rancangan untuk memberikan lebih kuasa kepada pengendali liga berkenaan telah dicadangkan sejak tahun lalu selepas mendapat cadangan daripada peminat dan kini Kerajaan Britian dilaporkan sudah bersetuju untuk mengesahkannya.

Keputusan itu dilakukan bagi memastikan tidak ada pasukan dari England yang terlalu ghairah dalam urusan perniagaan semata-mata selain menganggap bola sepak adalah budaya negara itu yang perlu dipertahankan.

Menerusi kuasa baharu yang diberikan kepada badan pe­ngurusan liga tersebut, mereka berhak untuk memastikan tidak ada kelab dari England yang akan meninggalkan EPL untuk me­nyertai kejohanan tertutup se­perti ESL yang dianggap mampu merosakkan liga domestik.

Mereka juga akan mengendalikan satu ‘ujian’ untuk memastikan pemilik ataupun pengarah sesebuah kelab itu benar-benar tulus untuk melindungi kelab dan peminat mereka selain memastikan sistem aliran piramid dana dari EPL berjalan dengan baik.

Selain itu, melalui syarat baharu yang akan diperkenalkan itu, para peminat juga akan diberikan kuasa untuk menghalang pemilik menukar nama, logo ataupun warna tradisi sesebuah kelab berkenaan.

“Gaya bola sepak Inggeris kekal menjadi elemen budaya hebat Britain yang telah dieksport apabila kelab dan liga ini dianggap model yang telah berjaya.

“Ini adalah satu sebab kenapa kerajaan berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memastikan langkah ini diambil supaya kelangsungan generasi masa hadapan terjamin,” menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh Kerajaan Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI