fbpx

UCL: Guardiola resah pemain putus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ (kanan) berjaya meletakkan City di hadapan, namun mereka sekadar mengakhiri perlawanan dengan kedudukan terikat 1-1 menentang Leipzig. – AFP

LEIPZIG – Manchester City memilih laluan sukar untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila sekadar seri 1-1 dengan RB Leipzig pada aksi pertama 16 pasukan terbaik di Red Bull Arena Leipzig awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, City terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Riyad Mahrez pada minit ke-27 sebelum Josko Gvardiol menyamakan kedudukan 20 minit sebelum perlawanan tamat.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui, beliau tidak gembira apabila barisan pemainnya kelihatan seperti berputus harap sebaik sahaja perlawanan tamat kerana mereka masih berpe­luang mara ke suku akhir.

“Semua pemain City hanya tertunduk selepas perlawanan hari ini (semalam) berakhir. Saya beritahu mereka tidak sepatutnya rasa kecewa kerana sudah menampilkan aksi yang cukup baik dalam perlawanan ini.

“Walaupun ada orang tidak sukakan gaya permainan kami, itu tidak mengapa kerana yang paling penting adalah kami bermain mengikut perancangan. Saya mengakui Leipzig bermain sangat pantas,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu menggesa anak-anak buahnya supaya bangkit dalam aksi timbal balik di Stadium Etihad 15 Mac ini sekiranya mereka mahu me­langkah ke pusingan suku akhir.

“Secara keseluruhan, kami bermain sangat baik, terutama­nya di separuh masa pertama.

“Harus diingat bahawa masih ada aksi timbal balik di Etihad, jadi kita tunggu dan lihat siapa yang akan menang,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI