fbpx

MotoGP: Joan Mir tidak sabar saingi Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR (kanan) bakal membentuk gandingan bersama Marquez musim ini untuk mengibarkan cabaran Repsol Honda. – AFP

MADRID – Pelumba baharu pasukan Repsol Honda, Joan Mir mengakui tidak sabar untuk bersaing secara kompetitif dengan rakan sepasukan yang juga juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez pada saingan musim ini.

Sebagai rekod, Mir yang juga bekas juara dunia edisi 2020 telah menyertai pasukan utama Honda dengan kontrak dua tahun selepas Suzuki mengambil keputusan untuk tidak menyertai saingan MotoGP pada musim ini.

Menurut Mir, bersaing de­ngan Marquez sememangnya memberi penghormatan besar buatnya memandangkan pelumba berusia 30 tahun itu masih boleh dianggap yang terbaik berdasarkan rekodnya selaku juara dunia enam kali.

“Secara peribadi, saya anggap penghijrahan ke Honda adalah keputusan yang tepat, tetapi dalam masa yang sama saya agak berdebar untuk menunggang jentera dan mewakili pasukan yang penuh bersejarah ini.

“Apa yang pasti, ini adalah cabaran baharu dalam karier dan saya harap tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri.

“Jika ditanya mengenai jentera, saya akui ia lebih berkualiti dan jauh berbeza dengan apa yang saya tunggang sebelum ini bersama Suzuki terutama aspek enjin.

“Cuma, cabaran sebenar saya sudah pasti bersaing dengan Marquez yang boleh dianggap pelumba terbaik dunia ketika ini,” kata pelumba kelahiran Sepanyol berusia 26 tahun itu.

Saingan MotoGP musim ini akan membuka tirai rasmi pada 26 Mac dengan perlumbaan permulaan di Litar Antarabangsa Algarve sempena Grand Prix (GP) Portugal.

Pelumba utama pasukan Ducati, Francesco Bagnaia me­rupakan juara dunia keseluruhan pada kempen musim lepas.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI