fbpx

Simpan barang seludup dalam premis pemborong sebelum jual online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZALI (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dari kosmetik yang dirampas. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Tindakan lima individu menjadikan premis pemborong untuk menyimpan barang seludup sebelum dijual menerusi dalam talian tumpas apabila mereka ditahan di sebuah premis di Jalan Alsagoff, Pontian, 17 Januari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, dalam operasi pada pukul 12.30 tengah hari itu, mereka yang ditahan adalah seorang lelaki tempatan, dua wanita tempatan serta dua wanita warganegara asing berusia antara 25 hingga 45 tahun.

“Dalam operasi itu sejumlah susu tepung, suplemen makanan dan kosmetik bernilai RM471,240 beserta cukai.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menjadikan premis pemborong sebagai tempat simpanan barangan dagangan tersebut sebelum dijual secara atas talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini hari ini.

Sementara itu, Sazali turut memberitahu, pihaknya juga telah menahan empat individu lain bersabit penyeludupan minuman keras tidak bercukai berjumlah RM84,100 di Kawasan Perindustrian SME Indahpura, Kulai pada 1 Januari lalu.

Katanya, suspek yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan, dua lelaki warganegara asing beserta seorang wanita tempatan berusia antara 25 hingga 45 tahun.

“Serbuan dijalankan penguatkuasa mendapati sebanyak 10,815 botol telah disimpan dalam premis berkenaan sebelum dijual kepada orang awam.

“Anggaran dagangan yang telah dirampas adalah bernilai RM17,800 manakala cukai terlibat adalah RM66,300,” katanya.

Tambah Sazali, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI