fbpx

Pembayar cukai individu, selain individu boleh kemuka Borang Nyata mulai 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemuka Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 bagi borang BE, M, BT, MT, P, TF, TP dan E melalui e-Filing mulai 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, pembayar cukai adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN yang boleh diakses melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing atau secara terus ke MyTax melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mobile.

Katanya, manakala bagi ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/).

“Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu melalui MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal).

“Ikuti langkah yang dinyatakan dan muat naik dokumen pengenalan diri sekiranya diperlukan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, tindakan set semula kata laluan bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan boleh dilakukan melalui e-mel yang berdaftar dengan LHDN.

“Sekiranya pembayar cukai masih menghadapi masalah berhubung kata laluan atau No. PIN, pembayar cukai boleh merujuk kepada panduan yang disediakan di
MyTax, menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (dalam negara) atau 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran.

“Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2023 boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau klik pada pautan pantas versi Bahasa Malaysia di https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023 manakala versi Bahasa Inggeris di https://www.hasil.gov.my/media/esmb4pd1/rffilingprogramme_2023,” ujarnya.

LHDN turut menasihatkan pembayar cukai untuk mengemukakan BN dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan serta status penghantaran BN, proses bayaran balik, e-Lejar dan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh disemak melalui MyTax.

“Dokumen pembuktian seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan hendaklah dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses pengisian e-Filing dan semakan pematuhan oleh LHDN pada masa hadapan.

Katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI