fbpx

Polis patahkan cubaan edar syabu RM64.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surina (tengah) dengan sebahagian syabu yang dirampas di Simpang Empat dekat Kangar pada Ahad lalu.

KANGAR – Polis berjaya memintas satu pergerakan sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu seberat 1.8 tan bernilai RM64.8 juta di sini pada Ahad lalu.

Rampasan dadah dalam kuantiti besar yang mampu menyediakan bekalan kepada sembilan juta penagih itu adalah rampasan terbesar dalam negara pada tahun ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Polis Marin Perlis sedang membuat rondaan cegah penyeludupan di sekitar Jalan Sungai Baru, Simpang Empat dekat sini.

“Ketika rondaan dilakukan, PGA telah menahan lori tunda yang sedang membawa sebuah lori 1 tan tertutup (bonded lorry) dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lori tertutup itu menemui 72 guni dan setiap satu guni itu berisi 25 bungkusan disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan di sebalik bungkusan teh Cina” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Surina, pihaknya turut menahan empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara 29 hingga 49 tahun.

“Ketika ditahan, salah seorang suspek cuba menyogok dan menawarkan wang berjumlah RM200,000 kepada semua anggota polis terlibat sebagai habuan menutup dan menyelesaikan kes.

“Namun semua pegawai polis terlibat menolak dan merampas wang tunai tersebut untuk tindakan di bawah pencegahan rasuah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI