fbpx

Dua mesin ATM bank diletup penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan forensik sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank diletupkan penjenayah dalam kejadian di Setia Alam, kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya di lokasi kejadian.

“Ada berlaku kejadian mesin ATM diletupkan dan perkembangan akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom turut berada di lokasi berkenaan.

Kawasan premis perniagaan itu ditutupi garisan polis bagi proses siasatan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI