fbpx

Moist Diane pertaruh sabun badan BeTrue, Botanical di pasaran Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada produk Moist Diane yang dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jenama Moist Diane yang terkenal di pasaran Jepun kini melancarkan produk terbaharunya yang bercirikan kelestarian dan mesra alam sekitar bagi memenuhi permintaan kumpulan pelanggan yang berminat dalam dua aspek tersebut.

Dua segmen produk iaitu BeTrue dan Botanical Body Soap (Botanical) by Moist Diane yang boleh didapati di semua outlet Watsons seluruh negara bakal memberi pilihan kepada pe­langgan untuk menikmati sabun badan yang diperbuat daripada bahan semula jadi.

Penolong Pengurus Jenama Pemasaran Jenama Dipelbagaikan 2, Mandom (M) Sdn. Bhd. Ang Pei Shen berkata, siri Be True dihasilkan daripada kajian dan pembangunan yang dibuat secara menyeluruh bertujuan untuk menjadikan ia lembut bertindak kepada kulit badan dan juga alam sekitar.

Bagi segmen tersebut, ia menawarkan dua varian iaitu healty dengan haruman salad hijau yang bersesuaian untuk semua jenis kulit, manakala va­rian relax dengan haruman sa­yur-sayuran segar ber­sesuaian untuk kulit badan yang kering ataupun kulit normal.

Botanical pula menawarkan empat varian iaitu refresh & smooth, protect soap, refresh & moist dan deep moist.

“Formulasi produk keluaran Moist Diane tidak melibatkan ujian terhadap binatang dan setiap botol yang digunakan dihasilkan daripada 96 peratus barangan kitar semula,” katanya.

Beliau berkata bersempena majlis pelancaran produk baharu keluaran Moist Diane di sini baru-baru ini.

Harga jualan bagi produk berkenaan adalah antara RM19.90 dan RM23.90 masing-masing untuk pek isian Be True dan Botanical, manakala RM28.90 dan RM32.90 sebotol sabun mandi masing-masing untuk Botanical dan Be True. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI