fbpx

Wellspire perbaharui kontrak dengan QiaQia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk keluaran Wellspire yang mendapat sambutan menggalakan daripada pelanggan.

PETALING JAYA – Wellspire Holdings Berhad (Wellspire) me­lalui anak syarikat miliknya de­ngan kepentingan 75.01 peratus, Bai Li Enterprise Co. Ltd. (Bai Li Enterprise) telah berjaya memperbaharui kontrak pengedarannya dengan QiaQia Food Co., Ltd (QiaQia), pengeluar biji dan kuaci panggang serta makanan ringan yang dibakar di China.

Wellspire yang merupakan pengedar makanan dibungkus untuk pengguna dan peruncit dalam talian makanan di Thailand telah terlibat dengan QiaQia untuk mengedarkan kuaci ChaCha dan produk kacang secara eksklusif di Thailand sejak 2013.

Kontrak pengedaran yang diperbaharui, yang akan bermula dari 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2023 itu akan membolehkan Wellspire terus mengedarkan produk tersebut di Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Wellspire, Mo Guopiao berkata, pihaknya berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh QiaQia.

“Pembaharuan kontrak ini adalah bukti terhadap kepakaran dan rangkaian pengedaran luas kami menerusi saluran edar tidak langsung yang dibentuk lebih sedekad di dalam industri makanan dibungkus untuk pengguna di Thailand.

“Kontrak ini juga akan mengu­kuhkan kedudukan kami sebagai pengedar barangan dibungkus untuk pengguna terkemuka di Thailand serta ia dijangka ­menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan sepanjang tempoh kontrak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Guopiao, permintaan bagi makanan ringan berkhasiat seperti produk kuaci dan kacang dijangka meningkat di Thailand seiring dengan pemulihan ekonomi di negara berkenaan.

“Dalam laporan Statista, pe­neraju penyedia data pasaran dan pengguna, perolehan di dalam segmen Makanan Ringan di Thailand dijangka berjumlah kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bi­lion) pada 2023. Pasaran ini di­jangka tumbuh 8.32 peratus setahun,” jelas beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI