fbpx

Seorang maut dua motosikal berlanggar dan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran dua motosikal yang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan seorang maut dan seorang parah di Pantai Remis hari ini.

LUMUT – Seorang maut manakala seorang parah apabila dua motosikal berlanggar dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Pantai Remis-Changkat Jering, berhadapan bekas sebuah stesen minyak di Pantai Remis, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Ramli Abdul Hamid, 60, yang mana 40 peratus tubuhnya melecur, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang juga nelayan dan berasal dari Pantai Remis dalam perjalanan ke Tebuk Panchor untuk bekerja.

Mangsa yang parah pula ialah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berusia 39 tahun yang juga melecur 40 peratus tubuhnya, dan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd. Akmal Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi.

“Sebaik tiba, didapati terdapat kemalangan melibatkan dua mangsa masing-masing menunggang sebuah motosikal Modenas Kriss dan Yamaha Sport yang terbakar.

“Didapati kedua-dua motosikal terbakar 90 peratus dan seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir manakala seorang lagi cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang mengetuai sendiri operasi itu menjelaskan anggotanya bertindak memadam kebakaran menggunakan pam dari jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

Katanya, mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulan ke HSM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operas itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.48 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI