fbpx

Padah pemilik tidak kendali sendiri bot nelayan kenka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima kru bot nelayan kenka ditahan anggota APMM di Pulau Rimau semalam.

GEORGE TOWN – Sebuah bot nelayan kenka tempatan yang tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya ditahan oleh Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang dalam satu rondaan rutin Op Pertiwi semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dibuat pada jarak 4.6 batu nautika dari tenggara Pulau Rimau, dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, bot kenka itu dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru warga tempatan yang berusia dalam lingkungan antara 33 hingga 47 tahun.

Sehubungan itu katanya, mereka telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

“Bot dan kru yang ditahan itu kemudian dibawa ke Jeti PGM (Pasukan Gerakan Marin) Batu Uban dan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, APMM tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI