fbpx

Dua maut, kereta Honda Civic rempuh tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kerera Honda Civic dinaiki empat mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 54, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang hari ini.

MARANG – Dua maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.40 petang itu, mangsa, Nursyazwani Shamsudin Satin, 17, dan Muhammad Rafizan Rozlan, 23, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Pemandu kereta Honda Civic, Muhammad Sahrul, 24, yang juga abang Nursyazwani dan
Muhammad Suhaimi, 18, iaitu adik kepada Muhammad Rafizan pula cedera parah.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, sewaktu kejadian, kereta dinaiki keempat-empat mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Paka, Dungun dari bandar raya Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Civic dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan.

“Kereta tersebut kemudiannya merempuh sebatang tiang lampu yang berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, mayat Nursyazwani dan Muhammad Suhaimi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, Muhammad Sahrul, 24, dan Muhammad Suhaimi, 18, yang cedera parah pula dikejarkan di unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI