fbpx

Coast Guard anjur Pertandingan Video Parodi Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Coast Guard Malaysia: Ops Helang sentuhan Allahyarham Pitt Hanif akan ditayangkan di pawagam tanah air bermula 2 Februari lalu.

PETALING JAYA – Metrowealth International Group (Metrowealth) telah menganjurkan pertandingan Video Parodi Terbaik daripada babak nashkah Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

Menerusi satu kenyataan, Metrowealth berkata penganjuran tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelajar menonton filem yang sarat dengan mesej itu bagi mengisi masa terluang mereka.

Selain itu katanya, ia turut menawarkan hadian wang tunai lumayan kepada setiap pemenang.

Tambah Metrowealth, pertandingan itu terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam melahirkan individu yang memiliki idea dan daya kreatif sendiri.

“Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk minat dan kreativiti masyarakat dalam filem tempatan yang bersifat patriotik dan memiliki perasaan tebal dan sayangkan negara.

“Selain itu, ia juga bertujuan mencungkil bakat penghasilan produk multimedia bergenre nilai murni universal serta memberi peluang kepada masyarakat Malaysia memahami tugas seseorang penguatkuasa.

“Pada masa sama, kami juga ingin mengajak kakitangan dan agensi kerajaan lain itu turut sama membantu menyokong filem yang dihasilkan satu agensi kerajaan lain,” katanya.

Tarikh tutup pertandingan Video Parodi Terbaik itu pada 28 Februari depan.

Dalam pada itu, Metrowealth memaklumkan filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu menyasarkan kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam dan kini melebihi RM5 juta.

Filem berkenaan ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari lalu, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI