fbpx

Waspada al-Quran ‘sesat’ dari China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Yusaimi (dua kiri) menunjukkan rampasan peranti al-Quran pada sidang akhbar bahan al-Quran elektronik tidak mendapat kelulusan di Putrajaya hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kebanjiran peranti al-Quran secara digital yang dibawa masuk dari China ke negara ini berjaya membongkar isu kandungan kitab suci itu dimana mempunyai kesilapan daripada segi bacaan selain mengelirukan pembaca.

Lebih mengejutkan, peranti elektronik yang dijual murah serendah RM29 sehingga RM350 itu juga didapati langsung tidak mempunyai perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, setakat ini, kesemua produk itu disifatkan dijual pada harga murah kerana berasal dari China selain turut dipasarkan ke seluruh dunia.

“Kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 7 dan 14 (1) Akta Pencetakan Al-Quran (APTQ) 1986 kerana mengedar dan menjual bahan penerbitan tanpa perakuan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, pelaku tersebut boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya,” katanya di sini tadi.

Mengulas lanjut, Nik Yusaimi berkata, semua peranti itu tiada kelulusan termasuk cop dan hologram dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPQ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI