fbpx

Dewan Rakyat: Risda laksana pemutihan pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil sekali gus memastikan golongan bersasar menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pada tahun lalu, BMT telah dilaksanakan secara bersasar.

“Bantuan BMT ini adalah sejumlah RM800 seorang, dibayar dalam tempoh musim tengkujuh iaitu sebanyak RM300 sebulan bagi dua bulan pada November dan Disember 2022 serta RM200 pada Januari 2023.

“Seramai 279,946 pekebun kecil dan penoreh telah menerima insentif ini berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, Risda menyediakan pelbagai bantuan dan subsidi kepada pekebun kecil getah dengan melaksanakan pelbagai program.

Antara program tersebut ialah Tanam Semula Getah (TSG), Skim Getah Matang (SGM), Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI