fbpx

Ustazah Lombok terima lamaran lelaki Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mauni dan Jawad menceritakan kisah perkenalan mereka. - TikTok

JAKARTA – Seorang ustazah yang berasal dari Lombok tular di media sosial Indonesia kerana melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka dari Belgium, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Mauni, menceritakan kisah ketika dia mula mengenal suaminya menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @lombokdokumen. 

Pasangan itu mula berkenalan melalui aplikasi Muslimah.com sejak Disember 2022 dan kemudiannya bertukar nombor untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Setelah lama berkenalan, lelaki bernama Jawad itu meluahkan perasaannya kepada Mauni menerusi WhatsApp. Ketika melihat Mauni, Jawad mendakwa dia seperti melihat satu cahaya dan ingin terus bersamanya.

Setelah isi hatinya ditolak, Jawad membuat panggilan video untuk menjelaskan alasan dia menyukai Mauni. 

Menurut Mauni, selepas mengetahui isi hati Jawad, dia melakukan solat istikarah sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan petunjuk. 

Dia kemudian bersetuju berkahwin dengan Jawad dalam satu majlis sederhana di Lombok. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI