fbpx

KPDN sedia bantu rakyat dapatkan permit jual Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia membantu rakyat yang menghadapi kekangan untuk mendapatkan permit bagi menjalankan perniagaan Menu Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, golongan ini boleh tampil ke hadapan untuk diberikan bantuan sewajarnya.

“Mereka ini mungkin peniaga baru yang perlukan permit atau lesen daripada pihak majlis atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ada di antaranya yang hadapi masalah dapatkan permit maklumlah lepas pandemik mungkin ada tunggakan bil yang membebankan mereka.

“Boleh datang bertemu dan kita akan cuba bantu untuk dapatkan tempat,” katanya ketika sidang media selepas berucap di Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah dan Cabaran “Beli & Menang” RM1.1 juta di KK Super Mart, di sini, hari ini.

Dalam masa sama katanya, satu komuniti akan ditubuhkan bersama beberapa kementerian berkaitan dalam usaha menangani isu sedemikian.

“Contohnya dalam usaha kita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya Rahmah, kita boleh ambil isu-isu yang boleh dibantu untuk diselesaikan kes demi kes, ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI