fbpx

Peminat Westlife bengang dilarang rakam gambar, video ketika konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganjur konsert 'Westlife The Wild Dreams Tour In Malaysia' melarang penonton mengambil gambar, merakam video, audio dan membuat siaran langsung di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang peminat kumpulan pop terkenal 1990-an, Westlife meluahkan rasa kecewa selepas mendapat tahu peraturan penganjur konsert ’Westlife The Wild Dreams Tour In Malaysia’ yang bakal berlangsung esok dan Jumaat ini.

Menurut pemilik TikTok @Siz_rina, pihak penganjur melarang penonton merakam gambar, audio dan video atau membuat siaran langsung di mana-mana platform media sosial.

“Minum kopi dulu, tengah tertekan dengan peraturan penganjur konsert. Penat aku bersihkan telefon bimbit. Bayar RM800, tetapi tidak dibenarkan rakam gambar dan video.

“Pintu dibuka bermula pukul 7 malam, konsert bermula pukul 8.30 malam?”tulisnya menerusi satu hantaran video di TikTok.

Sehubungan itu, ramai pengguna TikTok turut menzahirkan rasa tidak puas hati dengan peraturan tersebut dan berpandangan pihak penganjur perlu bertolak ansur kerana tidak berbaloi dengan harga tiket yang mahal.

“Dah lima bulan tunggu konsert, akhir sekali tidak boleh rakam pula. Alahai rakam gambar banyak-banyak dekat luar sahaja lah,” tulis @HaniHanz.

“Ruginya kalau begitu. Tak dapat rasa suasana sebenar konsert,” keluh @Niza-female.

“Sama! Dah penat ‘spam’ dekat penganjur. Kita rakam kalau kru suluh muka, kita ramai-ramai suluh muka mereka balik,” komen @Aifaa.Harith.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram penganjur, Trumpet International mengumumkan Westlife akan kembali ke Kuala Lumpur selepas konsert terakhir di sini pada 2019.

Konsert tersebut akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari dengan harga tiket bermula serendah RM294 hingga RM884. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI