fbpx

Pembaikan lampu limpah Stadium Perak dijangka siap hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kerja-kerja pembaikan dan penggantian kabel serta komponen lampu limpah Stadium Perak yang hilang akibat dicuri baru-baru ini dijangka siap sepenuhnya hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kerja-kerja pembaikan dan penggantian sedang giat dilaksanakan dan sudah mencapai tahap 70 peratus.

“Kerja-kerja pembaikan dan penggantian kabel dan komponen lampu limpah stadium pasti siap sebelum 25 Februari ini. Kita sudah lantik tiga syarikat untuk buat kerja itu serentak dan pastikan minggu depan siap.

“Saya rasa tiada masalah untuk Perak FC bermain (dalam Liga Super) pada 25 Februari ini kerana hari ini proses pembaikan pada tengah hari ini sudah capai 70 peratus siap.

“Jadi malam ini sudah pasti selesai, kita akan buat pengujian lampu pagi esok,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Mengenai dakwaan kehilangan kabel dan komponen lampu limpah berunsur perbuatan sabotaj, Rumaizi berkata, kes itu diserahkan kepada pihak polis.

Barisan Ahli Majlis MBI yang baharu sahaja selesai mengangkat sumpah di Dewan Mesyuarat MBI di Ipoh hari ini. – Foto oleh LIYANA RAMLI/ KOSMO!

Dalam perkembangan lain seramai 25 orang termasuk termasuk Rumaizi mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MBI bagi tempoh 16 Februari 2023 hingga 15 Februari tahun depan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya mengesahkan tiada unsur sabotaj dalam insiden terbabit dan beberapa saksi juga telah dirakam percakapan untuk siasatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI