fbpx

Mahkamah: Pengusaha pusat snooker, rakan didakwa rompak kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal Abidin (kanan) dan Ahmad Rifdii (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas menghadapi tiga pertuduhan merompak kedai serbaneka di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Chukai di sini pada awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh iaitu Zainal Abidin Mohd Ghafar, 39, yang merupakan pengusaha pusat snooker dan Ahmad Rifdi A Rahman, 25, pula pekerja premis mencuci kenderaan membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjata ke atas pemilik kedai serbaneka itu di sebuah kedai serbaneka di Kubang Kurus, Chukai di sini pada pukul 1.30 pagi, 2 Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melarikan sebuah telefon bimbit, modem Wifi, wang tunai hasil jualan berjumlah RM7,000, dua kotak rokok, dan beg galas milik mangsa berusia 20 tahun yang mengandungi kad bank, kunci rumah dan kereta serta wang tunai RM250.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa melakukan jenayah sama terhadap rakan mangsa pertama berusia 35 tahun pada tarikh, masa dan lokasi sama dengan merompak wang tunai bernilai RM300, sebuah telefon bimbit dan beg silang milik mangsa yang mengandungi lesen memandu, kad pengenalan dan kad bank.

Kedua-dua tertuduh turut menghadapi pertuduhan ketiga merompak seorang lagi rakan mangsa berusia 19 tahun dengan melarikan dua buah telefon bimbit, wang tunai RM800 dan beg silang milik mangsa mengandungi kad pengenalan dan kad bankpada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI