fbpx

SPRM tahan penolong jurutera MPB didakwa terima kereta Mitsubishi Lancer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK ditahan bagi membantu siasatan menerima sebuah kereta daripada kontraktor.

BENTONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong jurutera Majlis Perbandaran Bentong (MPB) yang disyaki menerima suapan berupa sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer daripada seorang kontraktor.

Suspek yang berumur 49 tahun ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM Raub malam semalam.

Suspek dikatakan menerima sebuah kenderaan Mitsubishi Lancer daripada seorang kontraktor yang telah mendapat projek dibawah seliaannya.

Suspek dikatakan telah membocorkan maklumat anggaran harga jabatan kepada kontraktor di dalam urusan pembelian dan pengisian borang tender yang dikeluarkan oleh MPB.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Siti Aisyah Binti Ahmad selama tiga hari di Mahkamah Majistret Raub.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI