fbpx

UCL: Real Madrid belum mahu senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS menjadi pemusnah kepada Liverpool apabila meledak dua gol pada aksi di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Walaupun menang 5-2 ke atas Liverpool di Anfield awal pagi semalam, pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti merasakan pasukannya masih ada tugas yang perlu dilakukan jika berhasrat untuk melepasi pusingan 16 terbaik.

Di sebalik pujian kepada pemainnya kerana melakar kejayaan bersejarah, Ancelotti sentiasa waspada dan menjangkakan Real akan berdepan kesukaran pada perlawanan timbal balik.

“Jika mengambil kira peringkat pertandingan dan permulaan perlawanan, sudah pasti kejayaan ini adalah kemenangan bersejarah. Kami tidak pernah berundur dan kekal tenang untuk keluar daripada situasi sukar.

“Kemenangan seperti ini sukar untuk diperoleh, namun barisan depan kami cukup berfungsi dan Vinicus Junior berjaya pamerkan aksi cemerlang. Ini adalah bahagian pertama kepada aksi kalah mati dan sekarang kami perlu bayangkan perlawanan kedua nanti akan lebih sukar.

“Liverpool adalah pasukan hebat dan berjaya membuatkan kami menderita pada separuh masa pertama. Mana mungkin saya boleh katakan perlawanan ini sudah pun berakhir,” katanya.

Pada perlawanan ini, The Reds memulakan perlawanan dengan cukup cemerlang apabila mendahului Real Madrid 2-0 dalam tempoh 15 minit menerusi Darwin Nunez dan Mohamed Salah.

Vinicius mencetuskan kebangkitan dengan menyamakan kedudukan diikuti satu jaringan daripada Eder Militao dan dua gol menerusi Karim Benzema.

Kejayaan ini menyaksikan Real sebagai kelab pertama yang mampu menjaringkan lima gol ketika menentang Liverpool di Anfield dalam saingan Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI