fbpx

Wan Saiful lepas jawatan Ketua Penerangan Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengumumkan hasrat melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Pengumuman itu dibuat beliau susulan kes dakwaan yang dihadapi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Program Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, beliau mengambil keputusan dengan memohon kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berhubung kedudukan beliau selaku Ketua Penerangan Bersatu.

“Saya telah memaklumkan hajat kepada Presiden Bersatu dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) dan sebenarnya saya cadangkan supaya, saya digantikan dengan individu lain dalam parti.

“Bersatu ini ramai tokoh layak yang boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab, tapi saya tunggu keputusan itu. Biarkan pihak atasan parti membuat keputusan,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, keputusan yang diambil itu sesuai dengan prinsip dan integriti serta semangat juang yang beliau junjung selama ini.

“Tindakan ini saya nak tegaskan, membezakan saya dengan kluster mahkamah yang bermaharajalela dalam kerajaan.

“Jawatan ketua penerangan adalah jawatan eksekutif dalam parti, maka saya melepaskan jawatan eksekutif ini kerana inilah pegangan yang saya yakini selama ini sehingga saya dapat bersihkan nama melalui perundangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI