fbpx

SPM 2022: Kertas PAI trending di Twitter, pelajar ‘goreng’ jawapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Baru sahaja memasuki hari ketiga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), luahan pelajar berkenaan kesusahan menjawab kertas ujian Pendidikan Islam Malaysia (PAI) hari ini ‘trending’ di Twitter.

Hasil tinjauan Kosmo! di laman Twitter mendapati rata-rata pelajar SPM 2022 tidak menjangka soalan yang diperoleh hari ini berbeza jauh dengan topik ramalan yang digemburkan kepada mereka sebelum ini.

Topik-topik ramalan sebenarnya adalah perkara biasa apabila menjelang peperiksaan besar namun, topik ramalan hanyalah ramalan semata-mata dan tidak boleh dituruti 100 peratus.

“Aku dah ‘pro’ bab haji dan umrah. Sekali yang keluar aqiqah dan korban,” luah @afyqsy4fiqqq.

“Mana haji dan umrah, mana sunnatullah, mana rasuah?,” soal nurfarahrsln.

“Ujian hari ini tujuh per 10 sebab soalan senang dan soalan keluar Khulafa Ar-Rasyidin. Saya hanya baca khalifah. Saya hanya akan sasar A- untuk PAI,” tulis @ayunisyzani.

Selain ramai pelajar meluahkan rasa kecewa dan hilang harapan untuk cemerlang untuk subjek PAI hari ini, ramai juga tetap tenang dan mula melakukan persediaan bagi menghadapi ujian subjek Sejarah kertas satu dan dua esok.

“Kena siap sedia mental untuk esok, penentuan layak mendapat sijil atau tidak. Buat yang terbaik untuk subjek Sejarah esok!,” ciap @rwkqt. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI