fbpx

Dewan Rakyat: KPM jamin topik pilihan raya tiada pengaruh parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan kandungan berkaitan pilihan raya dalam mata pelajaran Sejarah akan diajar secara objektif, sekali gus tidak mempengaruhi murid dari segi kecenderungan fahaman politik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, KPM turut menyediakan bahan sokongan termasuk PowerPoint bagi membantu guru-guru mengajarkan topik pilihan raya kepada murid.

“Kita ada video, KPM melalui DidikTV sudah menyiarkan tajuk berkenaan pilihan raya. Persoalan berkenaan guru, memang tidak (mempengaruhi murid) dan kita ada keyakinan terhadap guru-guru.

“Tugas guru mengajar apa sahaja topik secara objektif termasuk pilihan raya. Guru telah dididik serta bersikap objektif dan tidak mempengaruhi murid berkenaan fahaman politik,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) berkenaan langkah seterusnya dilaksanakan kerajaan bagi memastikan program yang dilaksanakan tidak dijadikan medan mempengaruhi murid terhadap kecenderungan parti tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI