fbpx

MASAC jangka lebih ramai belia jadi penagih dadah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) menjangka trend belia berusia 19 hingga 39 tahun terbabit dengan kancah dadah bakal meningkat pada tahun 2023.

Setiausaha Agung MASAC, Raja Azizan Raja Suhaimi berkata, berdasarkan pengalaman dan pengamatan pihaknya, peningkatan tersebut adalah kerana faktor tekanan hidup dan penjualan peranti vape yang tidak berdaftar secara sah.

“Kerana faktor itu, golongan belia cenderung untuk mengambil dadah jenis perisa ‘mushroom’.

“Seterusnya, bekalan dadah yang senang diperoleh kesan dari permintaan tinggi pengguna bahan terlarang termasuk dadah,” jelasnya dalam kenyataan.

Katanya, trend ini adalah hasil titipan dari pelbagai aktiviti turun padang dan juga maklumat daripada puluhan ribu alumni bekas pengguna bahan salah seperti dadah pada tahun lalu.

Justeru, MASAC menggesa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk mendekati golongan muda dengan melaksanakan aktiviti pendidikan pencegahan, pencegahan melalui model i-cegah dengan tambahan bajet serta tambahan kakitangan kepada badan penguatkuasa bagi membendung kemungkinan peningkatan trend ini.

Jelasnya, pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkait permasalahan dadah diberi bantuan dana secara tahunan seperti pelbagai Persatuan Sukan untuk menggerakkan usaha memberi maklumat untuk menangani secara lembut dan AADK dan agensi lain fokus kepada usaha penguatkuasaan dan pencegahan, pemulihan serta penyembuhan selepas ditangkap.

Sehubungan itu, MASAC sebagai sebuah Majlis berkait penyalahgunaan dadah bersedia membantu kerajaan mengurangkan trend belia terlibat dengan dadah dapat diturunkan
secara agresif yang boleh menjadi amalan baik kepada dunia.

Susulan data berkenaan dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, data tersebut merupakan mereka yang telah ditangkap sahaja.

“Masih ramai pesalah yang belum ditangkap dan bebas di luar sana. Ia turut menyumbang secara besar dan senyap kepada permasalahan ni dan kita juga percaya keadaan sebenar mungkin dua atau tiga kali ganda lagi, namun mereka bijak mengelak dari dikesan badan penguatkuasa.

“Penangkapan tiga beradik transporter dadah, tonto yang ditahan bersama 150 kg syabu dinilai RM5.4 juta semalam di negeri Kelantan menunjukkan permasalahan ini semakin hari semakin meruncing kerana permintaan semakin meningkat,” ujarnya.

MASAC berpendapat pihak berkuasa perlu fokus kepada tangkapan dan pencegahan selepas hukuman serta usaha menyekat keberadaan bekalan di pasaran dalam negara yang semakin mudah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI