fbpx

Wanita OKU hilang di Kuala Pilah, ditemui di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rabaah (kanan) bersama sepupunya ketika menunggu discaj di Hospital Kuala Lumpur. - IHSAN KELUARGA

KUALA PILAH – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 19 Januari lalu ketika menunggu nombor giliran mengambil ubat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini ditemui selamat di Kuala Lumpur.

Ibunya, Azizah Husin, 56, berkata, dia mengetahui penemuan anak tunggalnya itu, Rabaah Laily, 33 yang merupakan OKU pekak dan bisu pada Rabu minggu lalu (15 Februari) selepas keadaan kesihatan anaknya itu stabil.

Menurutnya, Rabaah dijumpai oleh orang ramai pada 31 Januari lepas selepas didapati merayau-rayau tanpa hala-tuju di ibu negara sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disebabkan keadaan kesihatannya ketika itu tidak stabil kerana sudah lama tidak makan ubat, menyukarkan pihak berkenaan mendapatkan maklumat peribadi daripadanya,” katanya hari ini.

Ujar Azizah, anaknya itu menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol selain merupakan pesakit psikiatri.

“Apabila kesihatannya semakin baik selepas hampir dua minggu menerima rawatan di hospital itu, dia dah boleh tulis nama sendiri semula membolehkan pihak berkuasa membuat semakan maklumat peribadi seterusnya berjaya menghubungi saya,” ujarnya.

Azizah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut membantunya mengesan anaknya itu dalam pelbagai platform sejak dilaporkan hilang.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Amran Mohd Ghani mengesahkan menerima laporan daripada wanita berkenaan berhubung kehilangan anak gadisnya itu pada 20 Januari lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI