fbpx

Zara Zya kunci mulut soal tunang, Alha cuma BFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO jari Zara Zya disarung cincin oleh seorang wanita dipercayai pada sebuah majlis merisik atau pertunangan tular sejak semalam.

PETALING JAYA – Sejak semalam, tular sekeping foto pelakon Zara Zya disarungkan cincin menimbulkan tanda tanya sama ada wanita itu kini bergelar tunangan orang.

Mengunci mulut dan terus membiarkan khalayak berteka-teki, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin enggan memberikan komen lanjut mengenai perihal terbabit.

Digosipkan menjalin hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa, Zara, 38, turut menafikan lelaki itu sedang bertakhta di hatinya dan merupakan tunangnya seperti diperkatakan ramai sejak foto tersebut tular dalam media sosial.

“Kami memang BFF (Best Friend Forever). Memang tiada apa-apa ikatan istimewa.

“Tetaplah berteka-teki. Tetaplah bersabar. Insya-Allah. Pasti ada (jodoh). Ada masa nanti, saya akan kongsikan.

“Dia bukan pasal usia dah nak 40 tahun. Rumah tangga ini tentang sama ada kita dah bersedia atau tidak, itu sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, tular sekeping gambar pelakon drama rantaian, Segenap Takdir itu disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.

Sebelum ini, lulusan bidang Teater Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA) itu juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik dalam media sosial bersama duda anak empat itu tular.

Namun, Zara sendiri mendedahkan kepada Kosmo! bahawa apa yang berlaku antaranya dengan Shuib semata-mata untuk kandungan pemasaran bisnes minuman Bubblebee yang diusahakannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI