fbpx

Kuat kuasa pelitup muka MS SIRIM mula 1 Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan tarikh penguatkuasaan baharu bagi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah pada 1 Julai 2023.

KPDN berkata, penetapan tarikh penguatkuasaan itu memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar di negara ini untuk mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Menurutnya, selari penguatkuasaan itu, KPDN juga akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti yang telah ditetapkan.

“Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun 2023 adalah mencukupi bagi pihak pengeluar dan pengedar untuk memperoleh standard perakuan pelitup muka bukan perubatan yang dijual dalam negara.

“Mana-mana pihak yang ingin mengedar, mengeluar atau menjual pelitup muka bukan perubatan di dalam negara mestilah memastikan produk tersebut telah mendapat standard perakuan berkaitan.

“Maklumat yang berhubungan dengan standard perakuan pelitup muka bukan perubatan tersebut mestilah disertakan pada kotak atau bungkusan pelitup muka bukan perubatan tersebut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, tarikh kuat kuasa Perintah Perihal Dagangan (Penandaan dan Perakuan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 telah tamat pada 4 Julai 2022, namun berdasarkan kepada pengumuman KPDN (7 April 2022), ia telah ditangguhkan sehingga 1 Januari 2023.

Dalam tempoh tersebut, KPDN mengambil pendekatan pendidikan yang mana aktiviti penguatkuasaan dan tindakan hukuman tidak dilakukan kepada syarikat atau individu yang mengedar, mengeluar dan menjual pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai perakuan standard ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI