fbpx

Scomnet catat untung bersih RM33 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scomnet bersedia untuk mengembangkan perniagaannya melalui saluran dalaman dan luaran.

PETALING JAYA – Supercomnet Technologies Bhd (Scomnet) mencatat lonjakan mengagumkan dalam keuntungan bersih sebanyak 30.89 peratus kepada RM33 juta untuk tahun penuh berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM25.21 juta pada tahun sebelumnya. 

Hasil meningkat 10.24 peratus kepada RM158.33 juta untuk setahun penuh. 

Pengarah Urusan Scomnet, James Shiue Jong-Zone berkata, keuntungan setahun penuh itu didorong daripada momentum pertumbuhan Kumpulan daripada pelanggan sedia ada selain sumbangan sulung daripada pelanggan baharu. 

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022, keuntungan bersih bagaimanapun turun 23.11 peratus  kepada RM6.09 juta manakala hasil susut 9.3 peratus  kepada RM37.35 juta.

Keuntungan yang lebih rendah adalah disebabkan oleh kelewatan daripada pembekal, pelarasan inventori daripada salah satu pelanggannya serta kadar pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan.

“Kami kekal optimistik dengan prospek jangka pertengahan hingga panjang kumpulan dan akan terus bekerjasama rapat dengan pelanggan sedia ada dan baharu dalam pembangunan produk baharu.

“Justeru, tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, kami menjangkakan prestasi untuk tahun kewangan akan datang adalah memuaskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Aktiviti utama Scomnet termasuk pembuatan, pemasangan peranti dan kabel perubatan, tangki bahan api automotif, wayar dan kabel untuk peralatan elektrik, elektronik pengguna serta pasaran automotif.

Mengulas lanjut mengenai prestasi kewangannya, Jong-Zone menerangkan, syarikat itu terus berada pada kedudukan yang sangat kukuh.

Sehingga tempoh tersebut, syarikat mempunyai aset yang sangat cair berjumlah RM162.77 juta. 

Ini terdiri daripada wang tunai dan baki bank sebanyak RM19.3 juta, deposit berjangka RM16.55 juta dan aset kewangan lain bernilai RM126.92 juta yang kebanyakannya diwakili oleh pelaburan dalam pasaran wang.

“Secara organik, kami yakin dengan prospek perniagaan kami. Selain asas pesanan sedia ada, aliran tunai kami daripada operasi terus meningkat sepanjang suku tahun. Dari segi kewangan, kami mempunyai banyak penampan dan dengan itu bersedia untuk mengembangkan perniagaan kami melalui saluran dalaman dan luaran,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI