fbpx

KPDN rampas 1,800 liter diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa tong drum berisi minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah kawasan perlombongan pasir di Chenderiang, Tapah semalam

TAPAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya mematahkan cubaan menyeleweng 1,800 liter diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perlombongan pasir di Chenderiang dekat sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada pukul 4.30 petang itu dilakukan melalui maklumat dan risikan selama seminggu berhubung aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Chenderiang, Tapah dan Kampar

Katanya, hasil risikan itu telah berjaya menemukan satu lokasi pengumpulan minyak diesel dalam sembilan tong drum berkapasiti 200 liter di kawasan perlombongan pasir yang digunakan sebagai bahan api jentera untuk aktiviti perlombongan pasir di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, seorang wanita berusia 40 tahun disyaki pemilik syarikat yang berada di tempat kejadian telah diambil keterangan dan hasil siasatan mendapati minyak diesel tersebut diperolehi daripada aktiviti pembelian menggunakan lori melalui tangki asal di stesen minyak berdekatan secara berulang.

Tambahnya, premis berkenaan juga didapati beroperasi tanpa sebarang lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan minyak diesel.

“Sehubungan itu, kita telah menyita 1,800 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,820. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI