fbpx

Lelaki warga New Zealand jatuh bangunan lari daripada imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga New Zealand yang terjatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan ketika melarikan diri daripada pihak imigresen diturunkan pasukan bomba BBP Damansara hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga New Zealand terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 sebuah bangunan di Pusat Perdagangan Phileo Damansara ketika melarikan diri daripada pihak imigresen  hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, berkata, pihaknya menerima aduan tentang kejadian itu pada pukul 3.15 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara tiba tepat pukul 3.31 petang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa yang berumur 36 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tulang pinggul serta diturunkan pihak bomba menggunakan pengusung.

“Selepas itu, mangsa turut diberi rawatan oleh pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI