fbpx

MAIS perkenal platform Kalkulator Fidyah puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (kiri) melancarkan kalkulator fidyah itu di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan Kalkulator Fidyah bagi memudahkan umat Islam membuat pengiraan tepat bayaran ganti puasa.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, platform digital itu mempunyai tiga kadar bayaran yang ditetapkan iaitu RM2, RM4 dan RM6.

“Kalkulator Fidyah memberi kemudahan baharu dalam membuat pengiraan dengan pantas dan tepat bagi bayaran fidyah yang dikenakan atas faktor tertentu.

“Mereka termasuk dari luar Selangor yang ingin menggunakan platform itu boleh melayari laman web kami di www.mais.gov.my,” katanya selepas program Hi-Tea Bersama Media dan pelancaran perkhidmatan itu di sini hari ini.

Jelas Abdul Aziz, pelaksanaan Kalkulator Fidyah itu juga diharap membantu mencapai sasaran kutipan fidyah berjumlah RM20 juta pada tahun ini.

“Tahun lalu, kami telah mengagihkan kutipan RM6.85 juta menerusi bantuan makanan kering dan wang tunai kepada golongan memerlukan.

“Kami berharap jumlah kutipan akan terus meningkat termasuk menerusi Kempen Bulan Kesedaran Fidyah Negeri Selangor bermula 22 Februari ini hingga 22 Mac depan,” ujarnya.

Tambah beliau, tahap kesedaran umat Islam mengenai fidyah masih rendah di negeri ini kerana tidak mengetahui kewajipan membayar fidyah sekiranya tidak berpuasa.

“Fidyah merupakan sesuatu yang dibayar bagi menebus diri sama ada harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam amal ibadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI