fbpx

Semua Ahli Parlimen diminta sokong pindaan kerakyatan anak lahir luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah.

PETALING JAYA – Semua Ahli Parlimen diseru agar menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mendapat kerakyatan negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, pindaan itu membawa makna yang sangat besar untuk menjamin kesejahteraan wanita dan kanak-kanak yang telah sekian lama ditangguhkan akibat kurangnya ‘political will’ (iltizam politik).

Beliau yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) menjelaskan pihaknya sentiasa komited memastikan Kerajaan Perpaduan akan terus memberikan tumpuan bagi menyingkirkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita di Malaysia

“Kita (Wanita PH) menyambut baik keputusan kabinet untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua Jadual Kedua.

“Keputusan ini tentunya adalah manifestasi komitmen dan keberanian Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merealisasikan kesaksamaan jantina.

“Oleh kerana pindaan perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua per tiga, saya menyeru agar semua Ahli Parlimen untuk teguh menyokong pindaan ini sebulat suara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Family Frontiers Malaysia dan semua pergerakan wanita di seluruh negara dalam memperjuangkan hak wanita Malaysia.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia berkahwin dengan pasangan bukan warganegara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI