fbpx

Pink Racing yakin kemampuan pelumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH (kiri) menghadiri majlis memperkenalkan penaja pasukan itu, Liqui Moly di Subang Jaya kelmarin.

KESUNGGUHAN luar biasa ditunjukkan Harith Farhan Baharin antara sebab utama dia dinaik­kan pangkat ke kelas perdana CP150 oleh pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim ini.

Pengurus pasukan, Nur Atikah Azwar percaya, Harith Farhan mampu menunjukkan kehebatannya yang tersendiri untuk mengharumkan nama TCPRT walaupun ini adalah kemunculan sulung mereka dalam saingan CP150.

Atikah juga yakin pelumbanya itu tidak akan berasa kekok untuk kembali berlumba selepas baru pulih daripada kemala­ngan dialami sewaktu Pusingan 5 musim lepas di Litar Jempol, Negeri Sembilan pada Julai lalu.

“Dia menunjukkan usaha yang bagus. Dia terlibat kemalangan pada Pusingan 5, tahun lalu dan perlu menjalani pembedahan yang memakan proses (pemulihan) sangat lama. Ia memerlukan kos yang besar, hampir RM70,000 untuk pulih.

“Dia tidak menunggang motosikal sejak Ogos tahun lalu, tetapi apabila kita membuat sesi ujian ke atasnya awal bulan ini, dia me­nunjukkan prestasi yang sangat bagus.

“Semangatnya untuk berada dalam pasukan dan teruskan berlumba menyebabkan saya fikir untuk menaikkan dia ke kelas lebih bagus,” kata Nur Atikah kepada media selepas majlis pelancaran pasukan malam kelmarin.

Majlis yang diadakan di Su­bang Jaya, Selangor itu turut memperkenalkan salah satu penaja pasukan iaitu Liqui Moly.

Selain Harith Farhan, dua lagi pelumba, Afizi Supaat dan Faris Amir turut menjadi sandaran TCPRT dalam misi menempatkan diri dalam kelompok lima teratas bagi saingan CP150 musim ini.

“Mengejar podium CP150 adalah sangat ajaib kerana bersaing dengan pasukan lebih berpe­ngalaman. Berada dalam kelompok 10 atau 15 teratas adalah bonus dan sasaran untuk pasukan pula kelompok lima terbaik,” jelas Atikah.

Saingan musim ini bakal menyaksikan 10 perlumbaan pusingan dengan Pusingan 1 akan membuka tirainya di Litar Sepang (Utara) pada 25 dan 26 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI