fbpx

Rekod paling lama olahraga lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOL (kiri) memecahkan rekod milik Kratochvilova yang dicatatkan pada 1982 bagi acara 400 meter (m) dalam dewan di Kejohanan Dalam Dewan Belanda kelmarin. – AFP

APELDOORN, Belanda – Bintang olahraga Belanda, Femke Bol berpotensi besar untuk me­rangkul pingat emas ditawarkan dalam semua kejohanan berprestij dunia tahun ini dan juga Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia berdasarkan prestasi menakjubkan Bol yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 esok, memecahkan rekod dunia paling lama dalam sejarah olahraga dunia berusia 41 tahun.

Atlet Wanita Terbaik Eropah 2022 itu mencipta masa 49.26 saat (s) untuk meraih pingat emas 400 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Dalam Dewan Belanda di Apeldoorn, Belanda kelmarin.

Ia sekali gus meleburkan rekod dunia 400m dalam dewan dunia yang sebelum ini dicipta oleh Jarmila Kratochvilova dari Republik Czech menerusi masa 49.59s di Milan, Itali pada 7 Mac 1982.

“Saya berharap untuk meme­cahkan rekod dunia ini, tetapi apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini kebanyakannya tidak seperti kita rancang. Saya gembira kerana saya cipta rekod ini dengan masa yang agak pantas.

“Rekod ini memberikan saya tujuan baharu untuk meraih pelbagai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan. Sudah tentu fokus utama adalah di Sukan Olimpik 2024 di Paris,” kata Bol.

Tidak mustahil Bol selepas ini akan lebih memberikan tum­puan kepada acara 400m biarpun dia adalah pelari pakar untuk kategori 400m lari berpagar.

Pemenang pingat gangsa 400m lari berpagar Sukan Olim­pik Tokyo 2020 itu kini memburu kegemilangan seterusnya pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah di Istanbul, Turkiye dari 2 hingga 5 Mac ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI