fbpx

Ular sawa batik 20kg kekenyangan baham ayam dalam reban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor ular sawa batik seberat 20kg di sebuah reban ayam di Kampung Tapang, Kota Bharu, hari ini. FOTO IHSAN APM

KOTA BHARU – Seekor ular sawa batik seberat 20 kilogram ditemui dalam keadaan kekenyangan selepas membaham seekor ayam di dalam sebuah reban di Kampung Tapang di sini, hari ini.

Pemilik reban ayam berusia dalam lingkungan 50-an menyedari reptilia sepanjang dua meter itu kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum terus menghubungi talian kecemasan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu berkata, dua anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 9.05 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan reban yang terletak di belakang rumah itu mendapati seekor daripada lima ekor ayam sudah dibaham ular tersebut.

“Anggota APM mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular itu menggunakan peralatan khas.

“Reptilia itu dibawa ke pejabat APM Daerah Kota Bharu dan akan diserah kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, pemilik reban ayam itu mendakwa beberapa ekor ayam miliknya pernah hilang sebelum ini dan mungkin ia dibaham reptilia tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI