fbpx

Polis KL anjur ‘KL Cops Night Ride’ sempena Hari Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (dua kiri) ketika merasmikan program KL Cops Night Ride di IPK Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh ALWANI ZAFIRAH

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menganjurkan Program ‘KL Cops Night Ride’ pada 18 Mac 2023 sempena Hari Polis yang ke-216 bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, program yang akan bermula pukul 9 malam itu bakal melibatkan jarak kayuhan sejauh 21.6 kilometer (km) serta penyertaannya terhad kepada 2,160 peserta dengan yuran pendaftaran sebanyak RM60.

“Antara laluannya adalah bermula dari IPK Kuala Lumour, Jalan Hang Tuah ke Jalan Jelatik ke Jalan Ampang, kemudian terus ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Jalan P.Ramlee ke Jalan Pinang ke Jalan Conlay dan berakhir di IPK Kuala Lumpur semula,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian KL Cops Night Ride di sini hari ini.

Menurut Azmi, program itu diadakan susulan pihaknya melihat aktiviti basikal antara ‘trend’ terkini masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat selain sebagai usaha pasukannya mendekati komuniti setempat bertetapan dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Tarikh akhir penyertaan adalah pada 3 Mac 2023 dan Polis Kuala Lumpur berharap masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur mengambil peluang ini untuk mendekati barisan kepimpinan Polis Kuala Lumpur.

“Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://cos4.me/klcopsnightride,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI