fbpx

Barcelona harapkan sentuhan Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI mempunyai rekod cemerlang pada aksi El Clasico menyebabkan Barcelona mengharapkan sentuhan magisnya pada aksi malam ini. – AFP

BARCELONA – Ketua Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mengharapkan kapten pasukan, Lionel Messi kembali menemui sentuhan magis menjelang aksi penting bertemu musuh tradisi, Real Madrid di Camp Nou malam ini.

Kata Koeman, Messi masih belum berada tahap terbaik musim ini tetapi dijangka akan ‘meletup’ ketika bermain dengan pasukan yang lebih mencabar seperti Real memandangkan rekodnya dalam pertemuan El Clasico sebelum ini sangat hebat.

“Saya sedar beberapa perlawanan lepas Messi dilihat gagal menyinar dan tidak seperti rakan-rakan sepasukan yang lain. Namun, dia kekal bekerja keras dan saya optimis dia akan kembali di puncak prestasi pada aksi bertemu Real nanti,” kata Koeman.

Sementara itu, pemain tengah Barcelona, Frankie De Jong turut meluahkan perasaan yang sama selain percaya Messi tetap memberikan impak besar di padang meskipun tidak berada dalam senarai penjaring.

“Kita semua tahu kualiti yang ada pada Messi tetapi sudah menjadi lumrah pemain ada kalanya prestasi menjadi dan ada ketika agak hambar. Bagaimanapun, saya kekal positif Messi akan membantu kami menjuarai trofi pada saingan musim ini.

“Mengenai pertemuan El Clasico, ia adalah aksi yang sukar walaupun Real kini tidak berada dalam prestasi yang baik. Apa yang pasti, kami tidak boleh anggap mudah dan perlu terus bekerja keras kerana mereka masih memiliki barisan pemain yang berkualiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI