JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk dan menyerbu suaminya yang ditangkap menjalinkan hubungan dengan wanita lain di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan rakaman yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kamerapengawas.id, seorang wanita mengunjungi sebuah rumah di Nusa Tenggara Timur.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki bertopi keledar membuka pintu dan keluar dari rumah tersebut. Lelaki itu dipintas oleh isterinya setelah ditangkap bersama wanita lain.
Bagaimanapun, wanita itu gagal menghalang suaminya yang sudah siap sedia membawa beg untuk meninggalkan lokasi kejadian.
Akibat berang si suami melarikan diri, wanita itu segera masuk ke rumah tersebut dan membelasah wanita yang disyaki menjalin hubungan dengan suaminya.
Si isteri menarik rambut wanita tersebut sehingga terjatuh ke atas lantai.
Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen. Rata-rata netizen menyokong tindakan si isteri dan mengecam tindakan suaminya yang lari.
“Ganas sangat sehingga lelaki itu melarikan diri,” komen seorang netizen. – Agensi